Popular Posts

Wednesday, March 28, 2012

[NGERI] Tetak Rakan Dan Hiris Telinga




KULIM: Seorang buruh warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di kepala dan tengkuk manakala telinga kirinya dihiris dipercayai akibat pergaduhan di Taman Kemuning di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Toe Naing Tum, 22, mati serta-merta dipercayai dicederakan dengan mengggunakan senjata tajam dalam sebuah rumah di taman berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai memaklumkan berlaku pergaduhan di sebuah rumah menyebabkan seorang lelaki cedera parah.
Menurutnya, sepasukan anggota polis ke tempat kejadian dan menemui seorang lelaki terlentang berlumuran darah dipercayai sudah mati.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditetak dengan senjata tajam dipercayai pisau di kepala dan leher selain hirisan di telinga.

“Siasatan polis turut menemui sebilah pisau di tempat kejadian dipercayai ditinggalkan suspek,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.-Metro
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright . 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all